Xi Tinjau Kerja Kawalan Wabak di Beijing

2020-02-11 15:33:26  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_xjp4

Presiden China, Xi Jinping meninjau kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak pneumonia koronavirus baharu (NCP) di Beijing semalam. Situasi di provinsi Hubei dan bandar Wuhan menjadi tumpuan perhatian beliau.

圖片默認標題_fororder_xjp5

Di pusat diagnosis dan rawatan jarak jauh Hospital Ditan, Xi mempengerusikan sesi telesidang bagi mendengar laporan kumpulan kerja pusat di Hubei.

Dalam ucapannya, Xi menekankan bahawa situasi pada masa ini masih suram. Kerja-kerja pencegahan dan kawalan di Hubei dan Wuhan mesti diutamakan, kerana itulah yang menentukan kemenangan buat seluruh negara.

圖片默認標題_fororder_xjp2

Langkah-langkah lebih tegas mesti diambil termasuk meningkatkan kadar pesakit dirawat, keberkesanan program diagnosis dan rawatan, serta penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan. Kawalan sosial juga perlu diperhebat bagi mengekalkan kestabilan masyarakat.

圖片默認標題_fororder_xjp

Pihak berkuasa harus mengumumkan maklumat tepat pada waktunya, di samping memberi respons kepada keprihatinan orang awam secara terbuka dan telus. Selain itu, kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak mesti dilaksanakan dengan pimpinan yang bersatu.

Xi turut menegaskan, jabatan kerajaan di semua peringkat mesti memberi perhatian kepada kakitangan perubatan bagi memastikan kehidupan, keselamatan dan kebajikan mereka terjamin.圖片默認標題_fororder_xjp3

高蕾