Hubungan China-ASEAN akan Ditingkatkan

2020-02-22 12:34:49  CRI
Share with:

Mesyuarat khas menteri-menteri luar China-ASEASN tentang wabak koronavirus baharu (COVID-19) diadakan di Vientiane, Laos pada 20 Februari lalu. Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi telah menghadiri mesyuarat itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam berkata, Wang Yi dan rakan-rakan sejawatnya dari negara anggota ASEAN telah mencapai konsensus yang penting bagi mengatasi wabak ini. Menurutnya, China dan ASEAN perlu berganding bahu dan sokong-menyokong bagi mengharungi masa yang sukar ini. China yakin, hubungan China-ASEAN pasti akan ditingkatkan ke satu tahap yang lebih tinggi dalam usaha bersama-sama melawan wabak. Selain itu, pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN juga akan diperkasakan setelah menempuhi cabaran ini.

Menurutnya, ini merupakan mesyuarat menteri luar multilateral kali pertama yang memfokuskan keselamatan kesihatan awam di rantau ini setelah tercetusnya COVID-19. Mesyuarat kali ini memperlihatkan tradisi antara China dengan ASEAN yang berganding bahu dan sokong-menyokong serta sokongan yang berharga dari negara di rantau ini dan masyarakat antarabangsa bagi mengatasi wabak.

覃淼