Keyakinan Kukuh Perusahaan PMA terhadap Ekonomi China

2020-02-22 13:13:31  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping ketika menghubungi rakan sewajatnya dari Korea Selatan, Moon Jae-in menerusi telefon pada 20 Feburari lalu menyatakan bahawa impak wabak koronavirus baharu (COVID-19) terhadap kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pertukaran lawatan hanyalah sementara.

Sekarang ini, perusahaan penanaman modal asing (PMA) di China termasuk perusahaan dari Korea Selatan telah menyambung semula operasi secara teratur sambil bertindak mencegah penularan wabak tersebut.

Menurut statistik, kadar pemulihan operasi perusahaan PMA di Shanghai, Shandong dan Hunan kini telah melebihi 80%, sementara kebanyakan perusahaan berkenaan di bandar-bandar yang lain dijangka akan pulih beroperasi menjelang akhir bulan ini.

Banyak perusahaan PMA di China beranggapan trend ekonomi China yang positif untuk jangka masa yang panjang tidak akan berubah.

Kerajaan China telah mengemukakan siri langkah sokongan utuk menekankan sikap kesamarataan terhadap perusahaan PMA, sambil membimbing mereka melaksanakan langkah berkean secara efisien. Perusahaan PMA juga menghulurkan bantuan berupa bahan perubatan bagi menyokong China melawan wabak.

Menurut anggaran, setakat 14 Feburari lalu, jumlah bahan bantuan berupa barangan dan wang yang didermakan perusahan PMA telah mencecah lebih RMB1.76 bilion (RM104.91 juta).

 

覃淼