Komited Lawan Wabak, Jana Ekonomi

2020-02-24 11:11:37  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1125615694_15825055324271n

Usaha mencegah dan mengawal penyakit koronavirus baharu (COVID-19) perlu terus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh memandangkan situasi wabak tetap genting dan rumit pada masa ini.

Tuntutan itu dibuat oleh Presiden Xi Jinping dalam mesyuarat berhubung usaha melawan wabak dan menjana pembangunan sosioekonomi, semalam.

Beliau berkata, di samping memulihkan pengeluaran dan kehidupan rakyat, dasar-dasar berkaitan perlu terus diubah suai untuk meneroka potensi pembangunan dan mencapai matlamat bagi tahun ini.

Katanya, COVID-19 merupakan wabak yang menular paling pesat dan luas serta paling susah dikawal dalam tempoh 70 tahun. Perjuangan semasa kini menampakkan hasil positif, sekali gus memperlihatkan kelebihan ketara pimpinan Parti Komunis China (PKC) dan sistem sosialis bercirikan China.

Beliau turut menuntut supaya mengagihkan sumber perubatan secara saintifik, mempercepat penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan, vaksin dan program rawatan, di samping memperhebat kerjasama antarabangsa dan serantau dalam melawan wabak.

Xi menekankan, trend perkembangan ekonomi China ke arah yang baik tidak berubah, dan impak daripada wabak berkenaan hanyalah sementara.

 

張弘