Ceramah Arif Budiman Ke-16 di Singapura

2020-02-25 15:27:11  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_profawangsariyan

Ceramah Arif Budiman Ke-16 diadakan di Pusat Melayu Singapura pada 21 Februari lalu. Prof Datuk Dr Awang Sariyan, Penyandang Kursi Za'ba, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memberikan ceramah yang bertajuk Masa Depan Bahasa Melayu Di Nusantara. Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Pendidikan Dan Kementerian Pembangunan Sosial Dan Keluarga menyertai Ceramah Arif Budiman kali ini sebagai tetamu terhormat.

 

Ceramah Arif Budiman (CAB) merupakan satu inisiatif yang memberi peluang kepada guru, pelajar, ibu bapa dan penggiat bahasa untuk menimba ilmu daripada pakar serantau dan antarabangsa mengenai perkembangan terbaharu berkenaan bahasa, sastera, nilai, sejarah, adat dan budaya Melayu.

 

Teks penuh ceramah oleh Prof Datuk Dr Awang Sariyan:

MASA HADAPAN BAHASA MELAYU DI NUSANTARA.pdf

王瑾