COVID-19 Dilaporkan di 9 Negara Asia Barat

2020-02-26 12:24:49  CRI
Share with:
Setakat 25 Februari, kes jangkitan wabak koronavirus baharu (COVID-19) telah dilaporkan di sembilan negara Asia Barat iaitu Iran, Bahrain, Kuwait, Iraq, Afghanistan, Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Israel dan Lubnan.

Penularan wabak tersebut dipercayai bermula dari Iran.

Situasi pencegahan dan kawalan wabak di Asia Barat dianggap kurang optimistik ekoran taraf perubatan dan kemampuan respons yang berbeza-beza, khususnya di negara-negara sekitar Iran yang masih bergelut dengan konflik dan perang.
張弘