Jamin Hasil Tani, Keselamatan Makanan

2020-02-26 13:48:03  CRI
Share with:

Pengeluaran sektor pertanian serta keselamatan makanan, antara perkara yang diberi penekanan oleh Presiden Xi Jinping dalam arahan kerja musim bunga baru-baru ini.

Beliau menyatakan, hasil tani dan keselamatan makanan perlu dijamin semasa berdepan dengan risiko dan cabaran bagi menjayakan perjuangan melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19) dan mewujudkan matlamat pembangunan sosioekonomi sepanjang tahun ini.

Katanya, di samping memperketat aturan pencegahan dan kawalan wabak, kerajaan tempatan di serata negara juga perlu memastikan benih yang disemai dapat tumbuh dengan sihat pada musim bunga, agar membawa tuaian yang lumayan pada musim panas nanti.  

Beliau menambah, sokongan pertanian perlu diperbanyak, kemudahan dan infrastruktur pertanian moden perlu dinaiktarafkan, manakala inovasi sains dan teknologi dalam aspek pertanian perlu ditingkatkan untuk mencapai matlamat tahun ini.  

張弘