Usaha China Lawan Wabak Mengharukan

2020-02-26 13:09:38  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_0226b

Perjuangan China melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19) sesuatu yang cukup mengharukan.

Begitulah gambaran oleh Profesor W. Ian Lipkin dari Pusat Jangkitan dan Imunisasi Universiti Columbia dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Profesor yang digelar sebagai “pemburu virus” itu pernah datang ke China pada akhir bulan Januari untuk menyumbang bakti kepada usaha melawan wabak COVID-19.

Beliau berkata, setiap orang dilihat berlumba dengan masa untuk mengawal penularan wabak, khususnya anggota perubatan seperti doktor, jururawat dan pekerja-pekerja lain di hospital, hinggakan ada yang dijangkiti virus malah meninggal dunia. Pengorbanan mereka sungguh menyentuh perasaan.

Sewaktu berada di China, Lipkin berpeluang bertukar-tukar pendapat dengan sarjana tempatan termasuk pakar penyakit pernafasan terkemuka China, Profesor Zhong Nanshan. 

Beliau bersetuju dengan pandangan rakan seperjuangannya itu, yakni perlunya program diagnostik yang lebih baik untuk membezakan orang yang dijangkiti dengan yang tidak dijangkiti.

Profesor Lipkin menjelaskan bahawa COVID-19 virus yang berasal daripada haiwan liar. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan wabak itu ekoran kelalaian Institut Virologi Wuhan yang di bawah kelolaan Akademi Sains China.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi dan jangan percaya akan khabar angin. 

張弘