Xi: Lawan Wabak Sambil Jana Sosioekonomi

2020-02-27 14:13:16  CRI
Share with:

Usaha pencegahan dan kawalan wabak koronavirus baharu (COVID-19) di China telah menampakkan perkembangan positif, manakala pembangunan sosioekonomi pulih semula dengan pesat.

Presiden Xi Jinping bagaimanapun mengingatkan bahawa perjuangan melawan wabak di provinsi Hubei dan bandar Wuhan tetap rumit dan mencabar, dan risiko penularan semula wabak di tempat-tempat lain tidak boleh diabaikan.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat kerajaan pusat semalam menyatakan, pada masa ini China bukan sahaja perlu terus berjuang mengatasi wabak, tetapi juga harus menumpukan perhatian terhadap pembangunan sosioekonomi.

Para peserta mesyuarat menganalisis situasi semasa dan menggariskan kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak, di samping menekankan perlunya meneruskan kerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta interaksi, perkongsian pengalaman dan penyelarasan tindakan dengan negara-negara berkenaan untuk bersama-sama menjaga kesihatan awam serantau dan dunia.

Pada mesyuarat tersebut, Presiden Xi, Perdana Menteri Li Keqiang dan kesemua anggota lain Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China memberi sumbangan dalam bentuk dana untuk menyokong usaha melawan wabak.

張弘