Khuatir COVID-19, Pasaran Saham AS Suram

2020-02-27 12:28:42  CRI
Share with:

Tiga indeks utama di bursa saham AS semalam mengekalkan paras sehari sebelumnya dan gagal naik semula ekoran kebimbangan terhadap penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Kadar faedah bagi bon perbendaharaan 10 tahun pula menurun kepada 1.3%, menghampiri paras paling rendah dalam sejarah.

Pada dua hari sebelumnya, indeks Dow Jones menjunam hampir 1,900 mata. Saham-saham yang diniagakan turut merekodkan penurunan dua hari yang terbesar sejak Ogos 2015.

 

張弘