Huang Xiqiu, Perantau Pulang Beri Sumbangan

2020-02-27 12:35:43  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_0227b

Hospital Huoshenshan yang direka bentuk khusus untuk merawat pesakit koronavirus baharu (COVID-19), siap dibina di Wuhan dalam masa sepuluh hari sahaja.

Untuk membolehkan fasiliti itu dibangunkan dalam masa yang begitu singkat, lebih 7,000 tenaga kerja telah digerakkan, termasuk pasukan sokongan teknikal yang diketuai oleh Huang Xiqiu, seorang perantau China yang dilahirkan di Indonesia.

Projek pembinaan yang menjadi tumpuan netizen di seluruh dunia, turut membawa Huang yang berusia 79 tahun itu ke mata khalayak.

Ramai netizen Indonesia melahirkan rasa bangga atas sumbangannya yang membantu usaha mengatasi wabak dan mengurangkan jumlah nyawa yang terkorban.

圖片默認標題_fororder_1845245261

Ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG), Huang menyuarakan harapan supaya golongan muda di Indonesia rajin belajar dan bekerja keras untuk membangunkan negara sendiri. Beliau juga berharap muda-mudi dapat menyumbang bakti untuk menyuburkan ikatan persahabatan antara rakyat Indonesia dan China.

張弘