COVID-19 Tak Semestinya Asal dari China

2020-02-28 10:47:09  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_2020022715400774054

Walaupun wabak koronavirus baharu (COVID-19) paling awal dikesan di China, namun ini tidak semestinya bermakna penyakit itu asalnya dari sini.

Pandangan tersebut disuarakan pakar penyakit pernafasan yang juga ahli Akademi Kejuruteraan China, Zhong Nanshan dalam sidang akhbar anjuran kerajaan bandar Guangzhou semalam.

Menyentuh beberapa pesakit yang sembuh kembali positif virus berkenaan menerusi pemeriksaan susulan, Zhong Nanshan menyatakan terdapat banyak faktor yang masih perlu ditentukan dengan jelas. Mereka dicadangkan mengasingkan diri di rumah. Yang perlu diperhatikan ialah sama ada mereka masih boleh menjangkiti orang lain.

Beliau memaklumkan, hampir 80% penyakit berjangkit yang berlaku mendadak dalam masa beberapa dekad lalu asalnya dari haiwan. Hubungan antara manusia dengan haiwan semakin rapat, meningkatkan kemungkinan virus yang dibawa oleh sesetengah haiwan merebak kepada manusia.

張弘