Dasar Sokongan Ringankan Beban PKS

2020-02-28 13:33:38  CRI
Share with:
Jabatan-jabatan kerajaan di serata China telah memperkenalkan dasar sokongan bersasaran tepat untuk meringankan beban perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan membantu mereka memulihkan operasi secepat mungkin.

Pakej yang dilancarkan memberi sokongan dari segi cukai, kewangan, insurans dan sebagainya.

Kementerian Kewangan akan mengurangkan kadar kutipan cukai nilai tambah (VAT) terhadap pembayar berskala kecil, di samping memperbaik dasar-dasar membabitkan jaminan pembiayaan.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) pula melaksanakan dasar sementara untuk mengurangkan kos elektrik dan gas bagi syarikat, sementara Bank Rakyat China menyediakan pinjaman khas berjumlah RMB300 bilion (RM180 bilion) untuk menyokong syarikat yang terlibat dalam usaha melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan dan Insurans China (CBIRC) turut menggalakkan institusi kewangan memanjangkan tempoh pembayaran balik pinjaman terhadap PKS.
張弘