Jadual Olimpik Tokyo Tidak Berubah

2020-02-28 13:10:42  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_0228c


Kerja-kerja persiapan bagi Sukan Olimpik Tokyo terus berjalan dengan normal, dan tiada keputusan dibuat setakat ini untuk mengubah jadual temasya tersebut.

Perkembangan ini dimaklumkan oleh ketua Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Michael Ryan dalam satu taklimat media semalam.

Beliau berkata, semua aktiviti yang menghimpunkan orang awam secara beramai-ramai berdepan risiko penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19). Pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan pihak penganjur Tokyo untuk membuat penilaian dan memberi cadangan pengurusan risiko.

Sebelum ini, Sukan Olimpik pernah diadakan ketika wabak penyakit menular, dan banyak acara dijalankan secara lancar dengan adanya pengurusan risiko yang sesuai.
張弘