Liga Arab Sokong Usaha China Lawan Wabak

2020-02-28 12:01:01  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_0228b

Sesi ke-53 Majlis Menteri-menteri Kesihatan Arab diadakan di Kaherah, Mesir semalam untuk membincangkan penyelarasan mekanisme bagi menangani penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19) di rantau tersebut.

Duta Besar China ke Mesir yang juga wakil ke Liga Arab, Liao Liqiang dalam ucapannya pada sidang itu memaklumkan perkembangan terkini usaha China, berserta hasil daripada kerjasama antarabangsa melawan wabak. Beliau turut menzahirkan komitmen China untuk bahu-membahu dan berjuang seiringan dengan negara-negara Arab dan masyarakat antarabangsa.

Dalam kenyataan bersama yang diluluskan selepas sidang, para peserta memberi penghargaan tinggi dan menyatakan sokongan terhadap perjuangan China, langkah-langkah yang diambil untuk mencegah dan mengawal penularan wabak, serta sikap terbuka dan telus yang ditunjukkan oleh negara ini.Kenyataan itu turut menegaskan, Liga Arab akan bekerjasama dengan China untuk melawan wabak. China diyakini berupaya membantu negara-negara lain menjayakan perjuangan ini.

張弘