Sedia Berjuang Seiringan Lawan Wabak

2020-02-28 12:53:34  CRI
Share with:

China prihatin terhadap penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19) di Korea Selatan dan Jepun, dan sangat memahami kesukaran yang dihadapi kedua-dua negara dewasa ini.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian dalam taklimat media semalam berkata, China bersedia memperkasakan mekanisme kecemasan dalam aspek perubatan dan pencegahan wabak dengan Korea Selatan dan Jepun, berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan kawalan wabak, di samping menjalankan kerjasama melibatkan program diagnosis dan rawatan, serta penyelidikan ubat-ubatan dan vaksin.

China juga bersedia memperhebat kerjasama dengan kedua-dua negara dalam kawalan bersama dan kuarantin di pintu keluar masuk bagi mencegah penularan wabak.

Kata jurucakap itu, walaupun usaha China melawan wabak di negara sendiri kini dalam tempoh yang paling kritikal, namun China bersedia memberi bantuan sedapat mungkin kepada Korea Selatan dan Jepun.
 

張弘