327 Kes Baharu COVID-19

2020-02-28 12:59:43  CRI
Share with:
Sebanyak 327 lagi kes wabak koronavirus baharu (COVID-19) dilaporkan di seluruh Tanah Besar China dalam tempoh 24 jam semalam. Dalam sehari yang sama, 44 orang meninggal dunia, sementara 452 lagi kes yang disyaki dilaporkan.

Setakat tengah malam semalam, sejumlah 78,824 kes telah dilaporkan di Tanah Besar China, daripadanya 36,117 pesakit sudah sembuh seluruhnya, manakala 2,788 meninggal dunia. Terdapat 65,225 orang yang masih menjalani pemantauan perubatan.

Dalam pada itu, sebanyak 93 kes dilaporkan Hong Kong, 10 di Makau dan 32 lagi di Taiwan.
 
張弘