Anggota Kumpulan 20 (G20) digesa supaya bertindak bersama-sama mengurangkan tarif dan membatalkan sekatan demi melicinkan kegiatan perdagangan sekali gus menunjukkan tanda-tanda positif untuk merangsang ekonomi global.
Presiden China, Xi Jinping membuat gesaan itu ketika Sidang Kemuncak Khas G20 berkaitan COVID-19 yang diadakan di Beijing malam ini menerusi telesidang.
Xi menegaskan, semasa ancaman wabak koronavirus baharu (COVID -19) yang telah menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia ketika ini, masyarakat antarabangsa seharusnya membina keyakinan semula dan meningkatkan koordinasi dalam perjuangan memerangi pandemik, sehingga berjaya menghapuskan wabak yang mengancam nyawa warga dunia.