Xi: Galak Pemulihan, Pembangunan PKS

2020-03-30 11:36:36  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1125784985_15854843473101n

 
Pelbagai golongan, perusahaan serta industri dan sektor akan terkena tempiasnya ketika berjuang melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19).
 
Antaranya, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan golongan yang perlu diberi keutamaan.
 
Presiden China, Xi Jinping berkata demikian dalam sesi bertukar-tukar pendapat dengan wakil-wakil PKS semasa beliau menjalankan tinjauan di Ningbo, Zhejiang semalam.
 
圖片默認標題_fororder_1125784985_15854843473141n
 
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), berkata, Jawatankuasa Pusat PKC telah meneliti dan melancarkan dasar bantuan dan sokongan untuk mengurangkan pengaruh wabak terhadap PKS.
 
Dasar-dasar berkenaan juga akan disusun semula mengikut perubahan situasi semasa, sekali gus membolehkan PKS meneroka peluang pembangunan baharu pada masa hadapan.
 
圖片默認標題_fororder_1125784985_15854843473281n
 
Xi membuat tinjauan kali ini untuk mendengar dan mengumpulkan pandangan dan cadangan wakil-wakil PKS berkenaan.
 
王瑾