Olimpik Tokyo Dijadual 23 Julai 2021

2020-03-31 12:53:01  CRI
Share with:

Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan diadakan pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, manakala Sukan Paralimpik dijadualkan pada 24 Ogos hingga 5 September. 

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam memaklumkan bahawa keputusan itu mendapat sokongan Persatuan Persekutuan Sukan Olimpik Musim Panas Antarabangsa (ASOIF) serta jawatankuasa Olimpik kesemua negara. 

Tarikh penganjuran temasya sukan tersebut ditangguhkan setahun supaya memberikan masa yang mencukupi kepada semua pihak untuk menangani wabak COVID-19. Langkah ini juga diharap dapat meminimumkan kerugian dan memastikan kelancaran pertandingan kelayakan. 

王瑾