Xi Sambung Tinjauan di Zhejiang

2020-03-31 12:05:52  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_138931963_15855787673551n

 

Presiden China, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping tiba di kampung Yucun yang terletak di kaunti Anji semalam, bagi menyambung agenda tinjauan di provinsi Zhejiang, timur China.  

Di kampung inilah Xi mengemukakan konsep pembangunan “gunung hijau dan air jernih bagaikan gunung emas dan perak” pada 15 tahun lalu. 

Kunjungannya kali ini adalah untuk menyaksikan perubahan yang berlaku di sana selepas konsep pembangunan mesra alam itu diamalkan.  

 

圖片默認標題_fororder_138931963_15855796939591nxi

 

Pada 15 tahun lalu, Xi selaku Setiausaha PKC bagi jawatankuasa provinsi Zhejiang, mengiktiraf tindakan kampung Yucun menutup lombong dan kilang simen. Konsep “gunung hijau dan air jernih bagaikan gunung emas dan perak” yang dikemukakan ketika itu memberi panduan bagi pembangunan hijau di kampung berkenaan. 

Sejak itu, kampung Yucun berusaha untuk memperkasakan industri ekopelancongan melalui langkah membina inap desa dan mempopularkan kegiatan luar seperti berakit. Hasil usaha selama lebih 10 tahun, kampung Yucun berjaya mengubah status daripada sebuah kawasan tercemar kepada tempat pelancongan peringkat 4A negara.  

 

圖片默認標題_fororder_138931963_15855798302191n

Pada tahun lepas, kampung Yucun menjana pendapatan mencecah RMB279.6 juta (RM170.44 juta), dengan pendapatan purata RMB49,600 (RM30,110).

王瑾