Turki: Usul Xi Perlihatkan Imej Negara Bertanggungjawab

2020-03-31 13:48:26  CRI
Share with:
Semasa sidang kemuncak khas Kumpulan 20 (G20) mengenai wabak COVID-19 baru-baru ini, Presiden China, Xi Jinping mencadangkan supaya mesyuarat menteri-menteri kesihatan G20 diadakan secepat mungkin bagi membolehkan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan mengawal wabak dijalankan dengan efektif.
 
Xi turut mengusulkan supaya semua pihak terlibat menyokong peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), meningkatkan perkongsian maklumat mengenai perjuangan melawan wabak, memperhebat koordinasi dasar ekonomi makro dan merangsang pemulihan ekonomi sejagat.
 
Sehubungan dengan itu, Profesor Hamit Ersoy dari Universiti Istanbul Sabahattin Turki dalam wawancara eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) menyatakan bahawa usul Presiden Xi tersebut memperlihatkan imej China selaku negara besar yang bertanggungjawab.
 
Beliau berkata, dalam perjuangan memerangi wabak, China bukan sahaja menguasai maklumat saintifik secara langsung dan membangunkan reagen pengesanan pantas, malah mengumpulkan pengalaman klinikal yang amat berharga. Kerajaan China juga menjadi teladan baik bagi negara-negara lain dalam usaha membendung penularan wabak. 
王瑾