"Rakyat Didahulukan" Jadi Pegangan

2020-05-23 12:07:59  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1126021347_15901545452281n

Konsep pembangunan yang berpaksikan rakyat akan sentiasa menjadi pegangan buat kerajaan China dalam segala aspek kerjanya.


Demikian dinyatakan Presiden Xi Jinping ketika menghadiri sesi perbahasan bersama wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari wilayah Mongolia Dalam, di Beijing semalam. 

圖片默認標題_fororder_1126021347_15901545452841n

Beliau menegaskan bahawa biar betapa peritnya cabaran yang dihadapi dan betapa besarnya pengorbanan yang dibuat, usaha menjamin keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat akan tetap diutamakan. Beliau turut menuntut pegawai kerajaan memandang kesejahteraan rakyat sebagai matlamat paling utama dalam pentadbiran, dan mengendalikan dengan bersungguh-sungguh hal ehwal yang menjadi tumpuan rakyat seperti pengambilan pekerjaan, pendidikan dan perubatan.

 

張哲