Xi Jinping: Hubei, Wuhan Pasti Bangkit

2020-05-25 12:45:03  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China merangkap Presiden China, Xi Jinping menyatakan Hubei masih mempunyai tugas berat dan pelbagai cabaran untuk dipikul.

Ketika berucap dalam Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 semalam, Xi yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat berkata semangat melawan wabak perlu disemarakkan dalam mengharungi ujian.

Xi juga yakin bahawa kesejahteraan dan keamanan di provinsi Hubei dan bandar Wuhan  pasti kembali seperti sedia kala tidak lama lagi.

 

 

胡星