China, Pelindung Kepentingan Global

2020-05-25 12:50:57  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_wy

Menteri Luar China, Wang Yi menzahirkan lagi hasrat negara ini untuk memperhebat kerjasama pelbagai hala apabila berdepan krisis kesihatan global.

Beliau turut mengulang tekad kukuh China bagi membela kedaulatan negara serta fikirannya tentang pembangunan dunia pada masa depan, yang memaparkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan saranan pemimpin negara.

Sejak tercetusnya wabak COVID-19, politikus Barat tidak henti-henti menyebarkan "virus politik", dan menjejaskan hubungan bilateral yang amat signifikan kepada kestabilan sejagat.

Berhubung itu, Wang Yi berkata, perselisihan antara kedua-dua pihak ialah "jurang yang memisahkan kebenaran dan pembohongan". China bersikap terbuka terhadap kerjasama antarabangsa dalam usaha mencari asal usul virus, bagaimanapun proses itu perlu dilakukan secara profesional, adil dan bersifat membina.

Ditanya tentang tuduhan yang memburuk-burukkan usaha China melawan COVID-19, Wang Yi menegaskan tiada asas dari segi fakta, undang-undang mahupun kelaziman antarabangsa yang dapat menyokong dakwaan seumpama. Sebarang percubaan untuk mencemar kedaulatan dan maruah negara ini ataupun mengeksploitasi perjuangan gigih seluruh rakyatnya, hanyalah satu angan-angan kosong.

Menyentuh kenyataan yang mendakwa bantuan daripada China bermotif politik, menteri luar itu bertegas bahawa China tidak pernah mengejar sebarang laba geopolitik atau ekonomi, mahupun mengenakan apa-apa prasyarat politik. Bantuan yang dihulurkan adalah dengan niat untuk menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa yang tidak berdosa.

Mengenai
 tadbir urus global pula, Wang Yi menghuraikan pelan China yang mengehendaki pembangunan lebih inklusif dalam proses globalisasi, multilateralisme dilindungi dan digalakkan, selain pembaharuan diperincikan dengan lebih rapi.

Sesama penduduk kampung halaman bumi ini, dunia diharap mengatasi perbezaan antara rantau dan ras, mengetepikan prasangka dan kebencian serta menjunjung perpaduan dan kerjasama. Hanya dengan berbuat demikian dapat umat manusia menewaskan wabak dan membuka lembaran baharu dalam pembangunan dunia.

高蕾