Kanun Sivil Galak Tadbir Urus Berkualiti

2020-05-26 11:12:29  CRI
Share with:


Draf kanun sivil pertama China yang dibahaskan pada persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) tahun ini, antara topik yang hangat dibualkan masyarakat.

Tahun ini merupakan tahun kunci bagi usaha China membangunkan masyarakat kaya secara menyeluruh, juga tahun terakhir bagi pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-13.

Berlatarbelakangkan dua perkara ini, kanun sivil tersebut bukan sahaja akan memberi pengaruh mendalam terhadap kehidupan setiap rakyat, malah membantu mentransformasikan kelebihan sistem pentadbiran kepada keberkesanan tadbir urus.

Draf kanun ini meliputi 1,260 butiran yang merangkumi pelbagai aspek keperluan kehidupan sivil, antaranya termasuk hak perorangan.

Sesuai dengan zaman Internet dan data raya ini, kod undang-undang berkenaan melindungi maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti seseorang. Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu memanipulasi wajah dan suara manusia seperti dimasukkan dalam skop kanun baharu tersebut.

Penggubalan kanun sivil ini akan memajukan proses pentadbiran negara di sisi undang-undang, menjamin masa depan yang lebih indah bagi rakyat China, serta menggalakkan keadilan dan kesamaan sosial, sehingga tadbir urus negara menjadi lebih berkualiti.

張憲