Mike Pompeo dicela lagi sebagai setiausaha negara yang paling buruk prestasinya dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), tanpa sebarang pencapaian dari segi diplomatik, kali ini oleh akhbar The New York Times pula. Kritikan ini mencerminkan bahawa seiring dengan situasi wabak di AS makin teruk, masyarakat negara itu makin menyedari dosa Pompeo terhadap nyawa rakyat dan kepentingan negara.
The New York Times mengkritik Pempeo bukan sahaja tidak mencapai sebarang pencapaian dari segi diplomatik, bahkan mencipta khabar angin dengan sengaja untuk mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab dan menyalahgunakan kuasa negaranya.
Lakuan Pompeo tersebut telah menimbulkan perhatian dari Ketua Inspektor Jabatan Negara, Steve Linick yang turut dipecat oleh Pompeo ketika siap memulakan siasatan terhadap skandal melibatkan Pompeo. Sehubungan itu, The New York Times menuduh Pompoe telah membelakangi tanggungjawab sebagai pegawai kanan Jabatan Negara, dan hanya tahu membuang banyak masa untuk mengampu pemimpin.