China, ASEAN Kerjasama Lawan Wabak dan Bentuk Komuniti Berkongsi Nasib

2020-05-31 15:18:40  CRI
Share with:

Aktiviti pertama tahun 2020 dalam kerangka "Forum Jakarta Hubungan China-ASEAN" telah diadakan secara dalam talian di Sekretariat ASEAN kelmarin.

Duta Besar China ke ASEAN, Deng Xijun mengemukakan empat saranan. Pertama, mengekang penularan wabak COVID-19 serantau menerusi pencegahan dan kawalan bersama-sama, berkongsi maklumat, dan peningkatan penyelarasan serta mekanisme dialog. Kedua, menubuhkan mekanisme kerjasama kesihatan awam dan mekanisme interaksi kecemasan, membentuk pusat simpanan barang perubatan dan meningkatkan usaha dalam mendidik sumber manusia dari sektor kesihatan awam. Ketiga, mengekalkan multilateralisme , dan menyokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memainkan peranan lebih besar dalam usaha global melawan wabak. Dan keempat, menstabilkan rantai industri dan bekalan, dan membincangkan 'laluan cepat' untuk memulihkan pertukaran kakitangan supaya dapat mendorong integrasi serantau dan memupuk pertumbuhan ekonomi digital.

Naib Ketua Setiausaha ASEAN berkata, usaha dan hasilan China mendorong kerjasama serantau dan global melawan wabak amat menggalakkan. ASEAN akan mendapat manfaat daripada siri langkah berkenaan.

高蕾