Keturunan Afrika Diragut Nyawa dalam Seksaan Polis, Diskriminasi Perkauman

2020-05-31 13:33:45  CRI
Share with:

 圖片默認標題_fororder_1126055682_15908933539471n

Pada 25 Mei lalu waktu tempatan, seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) keturunan Afrika, yang bernama Geoge Floyd diragut nyawa dalam penguatkuasaan kasar oleh anggota polis kulit putih. Tragedi itu mencetuskan rusuhan besar-besaran di banyak tempat di negara itu, dan sekali lagi mendedahkan diskriminasi perkauman yang berdarah yang wujud sejak sekian lama di AS.

Selepas berlakunya insiden tersebut,  konflik antara pembantah dengan polis tercetus di bandar Minneapolis, disusuli dengan banyak lakuan ganas termasuk pemusnahan, perampasan dan pembakaran.

Menghadapi situasi yang hampir tidak terkawal, pemimpin AS memberikan amaran melalui media sosial bahawa 'rusuhan adalah lakuan pengganas', 'tembak sahaja kepada mereka yang merampas'. Perkataannya yang menunjukkan sikap keras untuk yang menindas rusuhan berkenaan, turut dicela dan diejek oleh para pelayar internet AS.

Yang lebih memarahkan penduduk AS adalah politikus AS selalu mengambinghitamkan China dan menuduhkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) demi mengelakkan bertanggungjawab atas kegagalannya dalam membendung wabak COVID-19, bahkan dengan sengaja mencetuskan konflik antara kaum di negara sendiri. Dipandang dari segi tertentu, rusuhan besar-besaran susulan kematian Geoge Floyd adalah hasil politikus AS yang menjeret leher sendiri.

Diskriminasi perkauman sudah wujud lama di masyarkat AS, tetapi jarang kelihatan politikus AS merenungi isu itu dengan sikap yang ikhlas. Kumpulan minoriti yang diwakili keturunan Afrika tetap menghadapi layanan tidak adil dalam sektor persekolahan, pekerjaan dan kehidupan harian. Penguatkuasaan dengan kasar atau insiden kecederaan terhadap keturunan Afrika selalu berlaku di masyarakat AS.

Khususnya semasa penularan wabak yang membawa tamparan besar terhadap AS, kumpulan minoriti dilaporkan menderita semakin banyak diskriminasi dalam pelbagai bidang.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompoe berulang kali menyebut koronavirus baharu sebagai "Virus Wuhan", yang terus mengapi-apikan sentimen diskriminasi perkauman masyarakat AS yang menyasarkan golongan keturunan Asia. Selain itu, AS juga secara paksa memulangkan mereka yang disebut pendatang tanpa izin dari Mexico dan negara-negara Amerika Tengah, yang dilihat turut menyusahkan pencegahan dan kawalan wabak di rantau Amerika Latin.

Tindakan politikus AS tersebut bukan sahaja tidak dapat membantu negaranya membendung wabak, sebaliknya telah menambah serius pertentangan susulan diskriminasi perkauman. Tentang kematian Geoge Floyd, lakuan keganasan dan perarakan yang melanda pelbagai tempat AS, bukankah hasil politikus AS yang asyik menimbulkan keretakan dalam masyarakat sendiri?

曹捷