Syarikat China di Thailand Beri Sumbangan

2020-06-01 15:04:04  CRI
Share with:

Syarikat modal China di Thailand telah banyak memberi sumbangan sepanjang penularan wabak COVID-19, sebagai cara untuk menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat tempatan.

Menjelang Hari Kanak-kanak Antarabangsa 1 Jun, Syarikat Kejuruteraan China Railway (CREC) menderma bahan-bahan mencegah wabak kepada sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di Bangkok.

Bantuan tersebut berupa 4,500 penutup hidung dan mulut untuk membantu kanak-kanak di rumah kebajikan Phayathai menjaga kesihatan.

Phayathai Babies Home merupakan rumah kebajikan pertama dibina oleh kerajaan Thailand, kini menjadi tempat tinggal bagi 320 kanak-kanak di bawah jagaan lebih 150 kakitangan.

胡星