Xi: Nyawa dan Kesihatan Rakyat Diutamakan

2020-06-03 14:50:18  CRI
Share with:

Jaminan kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat sentiasa menjadi keutamaan, ujar Presiden Xi Jinping ketika bersimposium bersama pakar dan sarjana petang semalam.

Beliau menekankan, biar betapa besarnya pengorbanan dibuat semasa wabak COVID-19 termasuk kerugian dalam sektor ekonomi, keselamatan nyawa rakyat tetap didahulukan.

Tambah beliau lagi, tiada yang lebih berharga daripada nyawa seorang manusia, inilah juga prinsip asas bagi kerajaan untuk menangani sebarang situasi.

周喬西