Siapa Akan Termakan Hasutan Pompeo?

2020-06-03 14:45:07  CRI
Share with:

Masakan ada yang termakan kata-kata Mike Pompeo, setiausaha negara yang dianggap paling buruk prestasinya dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Akhir-akhir ini, Pompeo mendakwa China "membahayakan" kepentingan AS, lalu menghasut sekutu di Eropah untuk bergabung tenaga menentang China.

Hasutan itu ternyata sia-sia sahaja kerana Eropah sudah lama mengenal wajah sebenar AS yang sanggup menikam sekutu dari belakang.

Jika difikirkan, apakah peranan yang dimainkan Pompeo sewaktu umat manusia bergelut dengan pandemik? 

Daripada merampas barangan keperluan melawan wabak dan melarang kemasukan warga Eropah secara sepihak, hinggalah memalsukan dokumen "Five Eyes Alliance" dan ketidakhadiran di persidangan amal COVID-19 anjuran Kesatuan Eropah (EU). Malahan, pada mesyuarat menteri-menteri luar Kumpulan Tujuh (G7), yang disebut-sebut Pompeo ialah "virus Wuhan" dan pengunduran AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebuah tinjauan pendapat umum yang dipetik Business Insider mendapati 73% responden di Jerman mempunyai tanggapan yang lebih buruk terhadap AS, manakala kadar sokongan rakyat Itali terhadap AS merudum kepada hanya 17%, semasa pandemik COVID-19.

Seperti pepatah Eropah "sahabat yang sejati tidak akan meninggalkanmu", begitulah China dan Eropah saling menyokong sejak tercetusnya pandemik COVID-19.

Yang mana satu sahabat sejati dan yang mana satu sahabat palsu, jawapannya sudah ada di hati setiap rakyat Eropah.

胡星