Mark T. Esper Tidak Sokong Trump Kerah Tentera

2020-06-04 12:40:26  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_pertahanan

Menurut akhbar The Hill, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Mark T. Esper tidak menyokong Presiden Donald Trump menggerakkan pasukan tentera sekiranya kerajaan negeri tidak mampu mengawal kegiatan protes.

Beliau berkata, berdasarkan situasi semasa ini, pasukan Pengawal Kebangsaanlah yang paling sesuai untuk ditugaskan dalam penguatkuasaan dalam negeri. Pasukan tentera hanya digerakkan pada saat paling genting dan serius, bukan masa ini.


Kenyataan Trump untuk menggerakkan pasukan tentera itu telah mengundang bantahan dan kritikan meluas dalam negeri.

覃淼