PM Britain: Tiada Ruang untuk Rasisme

2020-06-05 15:55:56  CRI
Share with:

Susulan insiden kematian warga kulit hitam Amerika Syarikat (AS) George Floyd akibat keganasan polis, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyifatkan ia sebagai tragedi yang menjijikkan.


Jelasnya, majoriti masyarakat berpendirian menolak rasisme dan beliau turut menekankan setiap nyawa adalah penting termasuk keturunan Afrika di AS.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi komen kepada Presiden Donald Trump berhubung isu tersebut dalam satu sidang media baru-baru ini.

張哲