China Percepat Pembangunan Vaksin COVID-19

2020-06-05 12:55:49  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_727919469

China sedang mempercepat penyelidikan dan pembangunan vaksin serta ubat-ubatan dan reagen pengesanan COVID-19, ujar Perdana Menteri Li Keqiang.

Ketika berucap pada Sidang Kemuncak Vaksin Global secara videosemalam, PM Li menyatakan bahawa China mementingkan kerjasama berkenaan di peringkat antarabangsa.

Katanya, penularan wabak COVID-19 berjaya dibendung di negara ini kerana perjuangan gigih seluruh rakyat, namun ini tidak bermakna penyakit berjangkit itu sudah reda sepenuhnya.

Kesihatan dan keselamatan rakyat seluruh dunia saling bersangkut paut, maka tiada negara yang boleh bersendirian dalam hal ini. China akan terus menyediakan bantuan semampu boleh kepada negara-negara yang terkesan khususnya negara-negara membangun, dalam usaha mereka melawan wabak dan memulihkan pembangunan sosioekonomi.

China juga akan terus menyokong peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menyelaraskan pembangunan vaksin dan menggalakkan ujian klinikal, agar rakyat negara-negara membangun boleh mendapat akses kepada produk yang selamat, berkesan dan berkualiti. 

Katanya,  Perikatan Global bagi Vaksin dan Imunisasi  (GAVI) mengekalkan kerjasama baik dengan China.  

Kerajaan China bersedia memberi sumbangan dana kepada GAVI, sambil menggalakkan institusi penyelidikan dan pengeluar vaksin tempatan meningkatkan sinergi dengan pertubuhan itu.

Sidang Kemuncak Vaksin Global bertujuan mengutip sumbangan bagi membiayai GAVI, selain menjamin akses kepda vaksin terutama sekali dari segi pembangunan, pengeluaran dan pengagihannya. Pemimpin dari lebih 30 negara serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan WHO menghadiri telesidang tersebut.

胡星