Undang-undang Baharu Sesuai Kepentingan Semua

2020-06-05 15:23:47  CRI
Share with:

Undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong bertujuan memastikan ketenteraman dan kemakmuran yang berpanjangan di wilayah pentadbiran khas itu, serta menjamin pelaksanaan "satu negara, dua sistem".

Dalam sidang akhbar di Beijing semalam, jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian menyatakan penggubalan undang-undang berkenaan bukan sahaja kondusif kepada kepentingan asas Hong Kong, malah kepentingan bersama seluruh masyarakat antarabangsa.

Walaupun langkah yang diambil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China berhubung hal ini telah menimbulkan tanda tanya di beberapa negara Barat, namun kebanyakan negara lain telah menyuarakan sokongan secara terbuka. Mereka menganggap ini satu langkah yang wajar untuk melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, dan tidak patut dicampuri mana-mana pihak luar.

Zhao berkata China menghargai suara-suara yang menyokong pendirian China. Negara-negara lain pula harus menyingkirkan prejudis dan mentaliti Perang Dingin, dan memandang keputusan China itu secara objektif dan adil.

胡星