Durian Runtuh Melalui Usaha Penternakan

2020-06-05 00:25:04  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1125704329_15840311985101n

Seorang penduduk etnik Tibet di kampung Nannigou, Kaunti Autonomi Tianzhu yang berpenduduk Etnik Tibet , provinsi Gansu menjadi tokoh tempatan yang terkenal selepas berjaya melipatgandakan pendapatan tahunannya daripada RMB 3,000 (RM1,826) kepada RMB 200 ribu (RM12,171), sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan.

圖片默認標題_fororder_1125704329_15840311985361n

Song yang kini menternak 40 ekor lembu dan 380 ekor kambing setelah menceburkan diri dalam bidang penternakan selama beberapa tahun itu bukan sahaja berjaya meningkatkan pendapatan diri, malah menubuhkan koperasi untuk membantu penduduk sekampung mengembangkan industri penternakan.

圖片默認標題_fororder_1125704329_15840311985681n

Dalam pada itu, kerajaan tempatan turut berusaha mendorong perkembangan industri pelancongan di kampung Nannigou bagi memanfaatkan kelebihan pemandangan alam yang mempesonakan.

Selain itu, Song Tianzhu juga mula berjinak-jinak untuk bekerjasama dengan syarikat penternakan kuda untuk menerokai bidang popular tempatan itu bagi memenuhi permintaan tinggi dalam kalangan pelancong.

Pada awal tahun ini, kaunti tersebut secara rasminya berjaya membasmikan kemiskinan secara mutlak.

 

張憲