IOAC: Perlunya WHO yang Kuat

2020-06-05 16:06:02  CRI
Share with:

Cubaan mempolitikkan isu COVID-19 oleh sesetengah pihak dianggap halangan sebenar kepada usaha menewaskan virus tersebut.

Menurut Jawatankuasa Pengawasan dan Khidmat Nasihat Bebas (IOAC) untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pertubuhan itu boleh gagal pada fasa seterusnya sekiranya tiada sinergi dan sokongan politik di peringkat global.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertindak degil untuk menamatkan hubungan dengan WHO, meskipun pentingnya kerjasama melawan wabak berulang kali ditekankan agensi itu dan pemimpin negara-negara terlibat.

Ahli penyelidik Pusat Pengajian AS dari Akademi Sains Sosial China (CASS), Liu Weidong berpendapat, perbuatan AS tersebut adalah bukan satu protes, sebaliknya hanya untuk kepentingan politik sendiri.

Katanya, kerajaan AS sudah biasa mengamalkan unilateralisme dan mengutamakan diri sendiri, sekali gus meremehkan kepentingan antarabangsa dan melarikan diri daripada tanggungjawab pada saat getir.

AS ialah penyumbang modal terbesar bagi WHO. Pengundurannya dari pertubuhan itu dikhuatiri akan mencetuskan masalah kekurangan dana.

 

周喬西