CDC Kekal Kerjasama Rapat dengan WHO

2020-06-05 13:38:22  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_AS

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan kerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), walaupun Presiden Donald Trump mahu menamatkan hubungan dengan pertubuhan itu.

Ketua Pengarah CDC, Robert Redfield berujar demikian semasa satu sesi pendengaran Dewan Perwakilan tentang wabak COVID-19 di Washington semalam.

Redfield menyatakan pihaknya bekerjasama dengan WHO dalam beberapa hari lalu, dan menghulurkan bantuan kepada agensi kesihatan antarabangsa itu bagi melawan wabak Ebola yang baru tercetus di Congo akhir-akhiri ini.

Beliau turut menzahirkan keyakinan terhadap perkongsian kesihatan awam yang terjalin antara CDC dengan WHO. Walaupun hubungan tersebut mungkin berubah di peringkat politik, namun segala kerja melibatkan kesihatan awam tidak akan berubah. 

覃淼