China Kesal Keputusan AS Gantung Penerbangan

2020-06-05 15:01:09  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian semalam menyatakan rasa kesal pihaknya atas keputusan Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (AS) menggantung penerbangan kendalian syarikat China.

Katanya, Jabatan Penerbangan Awam China (CAAC) telah menyuarakan bantahan berhubung hal ini.

Dimaklumkan, Washington mengarahkan semua penerbangan kendalian syarikat China digantung selewat-lewatnya pada 16 Jun, kerana Beijing dikatakan gagal membenarkan syarikat AS mengendalikan penerbangan ke China.

Zhao Lijian berkata, CAAC dan Jabatan Pengangkutan AS mengekalkan komunikasi rapat tentang aturan penerbangan antara kedua-dua negara, dan perbincangan berkenaan telah mencapai kemajuan. AS diharap jangan mengambil tindakan yang akan menghalang isu tersebut diselesaikan.

徐國瑋