Taraf Kesihatan Mata Penduduk China Kian Tinggi

2020-06-06 15:31:54  CRI
Share with:

6 Jun ialah "hari menyayangi mata" ke-25 di China. Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) dalam sidang akhbar yang diadakan semalam telah mengedarkan "kertas putih kesihatan mata China"yang menjelaskan kerja penjagaan kesihatan mata dan kesannya di China. Menurut hasil tinjauan di sembilan provinsi, kadar buta dan kecacatan daya penglihatan masing-masing menurun 37.8% dan 15.4% berbanding tahun 1999. Taraf kesihatan mata rakyat meningkat ketara.

Menurut kertas putih itu, terdapat 1.6 orang doktor mata bagi setiap 50 ribu orang penduduk di China. Ini mematuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Selain itu, lebih 90% hospital peringkat kaunti telah mendirikan bahagian mata yang khusus.

Menurut NHC, penyakit katarak merupakan punca utama yang menyebabkan buta dan juga penyakit yang paling banyak dihidap oleh golongan warga emas. Pihak berkuasa telah mengadakan kempen khas yang menyediakan rawatan percuma kepada pesakit katarak di kawasan miskin.

徐國瑋