Beijing Edarkan Kupon 12.2 B

2020-06-06 15:30:30  CRI
Share with:

Kempen musim belanja dimulakan di Beijing hari ini. Kempen tersebut meliputi 10 bidang iaitu katering, beli belah, kebudayaan, pelancongan, riadah, hiburan, pendidikan, sukan dan perjalanan. Lebih 400 aktiviti akan diadakan sempena kempen kali ini. Selian itu, kupon bernilai RMB12.2 bilion (RM7.17 bilion) akan diedarkan kepada penduduk untuk menggalakkan penggunaan.

Kupon tersebut terdiri daripada kupon untuk berbelangja dalam sektor katering dan jualan runcit serta kupon untuk membeli produk teknologi pintar. Selain itu, kupon khas juga akan diberikan kepada golongan tertentu seperti golongan lemah, kakitangan di komuniti perumahan serta warga perubatan di barisan hadapan.
徐國瑋