Pemulihan Dunia, Tema Sidang Tahunan WEF 2021

2020-06-06 15:50:10  CRI
Share with:

China bersedia meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Forum Ekonomi Dunia (WEF) untuk bersama-sama menggalakkan pemulihan ekonomi dunia yang rancak, mampan, seimbang dan inklusif.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang ketika mengulas mengenai pengumuman tarikh sidang tahunan WEF 2021 pada Januari nanti oleh presidennya, Klaus Schwab.

Geng menyatakan, tema sidang tahunan itu, iaitu "pemulihan dunia" mencerminkan keinginan masyarakat antarabangsa untuk berganding bahu melawan pandemik, bersama-sama menggalakkan pemulihan ekonomi dunia yang stabil dan mampan.

Beliau menambah, pandemik COVID-19 sekali lagi membuktikan bahawa manusia hidup dalam satu komuniti yang berkongsi nasib. Semasa menghadapi  dua krisis serentak dalam kesihatan awam dan ekonomi, hanyalah dengan menyemarakan semangat rakan dan meningkaktan perpaduan dan penyelarasan, barulah dapat manusia mencapai kemenangan muktamad.

胡星