5G Berkembang Pesat di China

2020-06-06 15:31:11  CRI
Share with:
Teknologi 5G untuk kegunaan komersial menyaksikan perkembangan pesat di China sejak Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) memberikan lesen komersial 5G kepada China Telecom, China Mobile, China Unicom dan CBN pada 6 Jun 2019, yang menandakan China memasuki era 5G secara rasmi. 

Sejak tahun ini, teknologi 5G memainkan peranan yang penting dalam perjuangan melawan pandemik COVID-19 dan pemulihan kegiatan pengeluaran. Pihak-pihak terlibat menjadikan pembinaan jaringan 5G sebagai pendekatan utama untuk mengoptimumkan struktur pelaburan dan menstabilkan pertumbuhan ekonomi. 

Menteri Industri dan Teknologi Maklumat, Miao Yu baru-baru ini berkata, pembinaan 5G banyak diperkasakan pada tahun ini. Lebih 10 ribu stesen 5G dibina setiap minggu secara purata. Dijangka lebih 600 ribu stesen 5G akan siap dibina di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.
徐國瑋