Xi: Pastikan Satu Kaum Pun Tidak Tertinggal

2020-06-09 14:16:40  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping mengadakan tinjauan ke Wilayah Autonomi Ningxia semalam.

Di kawasan komuniti Jinhuayuan, kawasan Litong bandar Wuzhong, ketika berbual-bual dengan penduduk di sana, Xi Jinping berkata, "Kita semua adalah keluarga bangsa China. Dalam usaha membasmi kemiskinan serta mewujudkan masyarakat yang kaya dan moden, kita perlu pastikan satu kaum pun tidak akan ketinggalan. Kita akan maju ke hadapan bersama-sama. Ini mencerminkan tamadun bangsa China yang bersejarah lima ribu tahun.

Ningxia antara lima wilayah autonomi di China, yang dihuni oleh pelbagai etnik penduduk termasuk Han, Hui, Uygur dan lain-lain.

Komuniti Jinhuayuan yang ditinjau Xi semalam itu mempunyai penduduk seramai 13,850, yang hampir separuh daripadanya adalah penduduk beretnik minoriti.

Komuniti ini dianugerah sebagai model perpaduan dan kemajuan bangsa China susulan langkah-langkah inovasi mekanisme tadbir urus yang dilaksanakan.

曹捷