Xi Tekankan Solidariti China-Afrika

2020-06-18 13:12:48  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_1126127595_15924143442501n

Presiden Xi Jinping menekankan pentingnya China dan Afrika bersatu padu dalam perjuangan melawan wabak COVID-19, dan membentuk sebuah komuniti kesihatan bersama. Xi membuat penekanan itu dalam ucap tama semasa mempengerusikan telesidang kemuncak khas China-Afrika mengenai solidariti dalam melawan wabak COVID-19 di Beijing malam semalam. Katanya, berdepan penularan epidemik, China dan Afrika saling menyokong dan berjuang seiringan hinggakan bertambah kukuhnya perpaduan, persahabatan dan kepercayaan antara kedua-dua pihak. China amat menghargai ikatan persahabatan tradisional dengan Afrika. Keazaman China untuk mempertingkat solidariti dan kerjasama dengan Afrika tidak akan goyah biar apapun perubahan yang berlaku pada situasi antarabangsa.

Kedua-dua pihak harus terus menjunjung prinsip seperti rakyat dan nyawa diutamakan, berusaha sedaya upaya memelihara keselamatan nyawa serta kesihatan rakyat, serta tekad melawan wabak dengan solidariti. Telesidang itu turut membawa kepada pengumuman sebuah pengisytiharan bersama, yang melantangkan lagi semangat solidariti dan kerjasama China dan Afrika kepada seluruh masyarakat antarabangsa. 

圖片默認標題_fororder_1126127595_15924143651801n

 

曹捷