Undang-undang Baharu, Kunci HK Kekal Tenteram

2020-07-03 13:34:08  CRI
Share with:


Penguatkuasaan undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong akhirnya memberikan perlindungan kepada wilayah itu yang sebelum ini terdedah kepada insiden kekecohan, sekali gus dilihat mampu membawa masyarakat setempat kembali ke landasan yang betul.

Pembangunan Hong Kong bersandar kepada keselamatan negara, kestabilan masyarakat dan kedaulatan undang-undang. Terdahulu, kelemahan dari segi undang-undang menyebabkan berlakunya ketidakcekapan dalam menangani risiko serta kelakuan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Insiden kekerasan yang berlaku sejak Jun tahun lepas bukan sahaja mencemari kedaulatan undang-undang di Hong Kong, malah mengancam nyawa warga tempatan, hinggakan reputasi dan imej kota metropolitan itu tercalar. Situasi kacau-bilau yang berlarutan selama setahun di sana menjadi iktibar kepada semua, iaitu hanyalah apabila keselamatan negara terjamin barulah kemakmuran dan ketenteraman dapat wujud. 

Undang-undang baharu itu dikeluarkan tepat pada masanya dan diletakkan harapan tinggi kerana memperlihatkan tuntutan wajar majoriti masyarakat tempatan. Perlindungan asas berteraskan keselamatan dari aspek negara, masyarakat dan individu menjadi jaminan kepada prinsip kedaulatan undang-undang di wilayah berkenaan.

董筱娉