Oxford: COVID-19 Mungkin Bukan dari China

2020-07-07 13:43:36  CRI
Share with:

圖片默認標題_fororder_webwxgetmsgimg (1)

Terdapat kemungkinan wabak COVID-19 yang menular di seluruh dunia ketika ini tidak berasal dari China, menurut pandangan pakar dari Universiti Oxford.

Dr Tom Jefferson yang juga pensyarah kanan di Pusat Perubatan Berasaskan Bukti (CEDM) di universiti sama berkata, terdapat bukti yang semakin jelas bahawa virus itu sudah pun muncul di tempat-tempat lain di dunia sebelum dikesan di Asia.

Dapat kajian Universiti Oxford juga menunjukkan ada kemungkinan koronavirus baharu ini "bersembunyi" di serata dunia, dan menjadi aktif dalam keadaan-keadaan tertentu. Ahli virologi Sepanyol baru-baru ini mengumumkan penemuan kehadiran virus terbabit dalam sampel air kumbahan yang dikutip pada Mac tahun lepas. Bahan genetik koronavirus baharu turut dikesan dalam sampel serupa dari Milan dan Turin di utara Itali pada Disember tahun lepas, begitu juga dalam sampel dari Brazil seawal sebulan sebelumnya.

Dr Jefferson memandang penting kajian berhubung asal usul dan saluran mutasi virus COVID-19, kerana patogen tersebut bukan sahaja merebak menerusi titisan pernafasan, tetapi juga melalui sistem kumbahan atau tandas awam. Kemungkinan berlakunya jangkitan menerusi bahan najis tidak disingkirkan. 

高蕾