Navarro Disaran Hormat Fakta, Sains

2020-07-07 13:03:14  CRI
Share with:

Pengarah Pejabat Dasar Perdagangan dan Pembuatan Rumah Putih, Peter Navarro disarankan menghormati fakta dan sains, serta berhenti membuat kenyataan yang bukan-bukan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berujar demikian semalam susulan kenyataan Navarro yang menghitamkan China dengan beralasan wabak COVID-19.

Pegawai kanan Washington itu dinasihati supaya tidak lagi mendahulukan kepentingan politik sendiri daripada nyawa rakyat.

Zhao Lijian berkata, hanya satu kes dilaporkan di AS pada 23 Januari, waktu pintu keluar Wuhan ditutup sementara, dan jumlah itu meningkat kepada dua digit pada 2 Februari setelah AS menggantung penerbangan terus dengan China dan menutup sempadan. Sepanjang tempoh lalu lintas bandar Wuhan ditutup iaitu daripada 24 Januari hingga 8 April, kes positif di AS melambung kepada 400,000. Kini, lebih 2.87 juta kes telah dikesan di negara itu, dengan hampir 130,000 maut. 

高蕾