Undang-undang Baharu Selaras “Satu Negara, Dua Sistem”

2020-07-07 12:51:58  CRI
Share with:

Undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong telah menambah baik sistem perundangan serta mekanisme penguatkuasaan undang-undang di wilayah berkenaan. 

圖片默認標題_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6012_eba03f01-e6f1-438c-9719-8f62fd938005

Dalam sidang akhbar atas talian Kedutaan Besar China di Britain semalam, Duta Besar Liu Xiaoming menyatakan undang-undang tersebut bukan sahaja selaras dengan dasar “satu negara, dua sistem”, malah mampu menjamin kelestarian pelaksanaan dasar itu di Hong Kong. Liu berkata, adalah sama sekali salah bagi Britain mengelirukan Deklarasi Bersama China-Britain dengan dasar “satu negara, dua sistem”, bahkan mengecam China gagal menunaikan kewajipan antarabangsanya.

Tegasnya Britain tidak memiliki hak kedaulatan, pentadbiran mahupun pemantauan terhadap Hong Kong setelah wilayah itu kembali ke pangkuan tanah air pada 1997. Pihak berkuasa Britain bagaimanapun tetap mencampuri urusan Hong Kong, mendakwa akan mengubah peraturan melibatkan pemegang pasport Rakyat Britain Seberang Laut (BNO) di wilayah itu. Kesemua perbuatan ini mencabul norma asas hubungan antarabangsa, yang pasti mengundang bantahan keras daripada China.

張憲